Saturday, 29 October 2011

hatimu , milikku { bab 9}

'adam , kau sihat ? aku tengok kau makin handsome kan sekarang . dulu aku tengok biasa je muka kau . sekarang bukan main lagi hensem . mesti awek keliling pinggang kan ? ' soalku kepada adam sambil dibalas dengan senyuman dari adam yang memabariskan gigi putih miliknya . ' hah kau ni merepek je anis . so , dah tau aku hensem ni , taknak ngorat aku ke ? ' balas adam sambil meneruskan suapannya . 'kau ingat aku dah tak laku sangat ke sampai perigi nak kena cari timba hah ? ada je orang ngorat aku , tapi aku yang taknak kenal ' kataku kepada adam ikhwan sambil membuat muka berlagak . 'yelah , kau kan suka jual mahal . muka dah lah bukan main comel . geram je aku tengok . aku tahu anis , kau seorang yang setia . cinta kau cuma pada yang satu dan sampai sekarang , aku yakin , cinta kau untuk seorang lelaki yang bernama tengku danial uzair akhtar tidak pernah pudar kan walaupun setelah apa yang dia lakukan pada kau ' kata adam ikhwan kepada anis mayessa . 'aku dah cuba lupakan dia adam . makin aku cuba benci dia , makin aku teringat pada dia dan setiap kali , bayangan dia pasti akan menghantui aku . hebat sangat kan cinta dia adam ? sampai aku tersungkur teruk sekali sampai macam ni ' balasku . 

perbualan kami pada ketika itu senyap seketika . sesekali kedengaran bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan . aku dan adam masing-masing meneruskan suapan . aku yang mengajak adam ikhwan untuk menemani aku makan tengahari pada hari ini kerana farhana terpaksa outstation selama seminggu . kebetulan pula , aku baru sahaja berjumpa dengan client yang berhampiran dengan global elite holdings , tempat adam ikhwan bekerja . 'anis , kau pernah tak terfikir nak jumpa danial ? ' soal adam ikhwan tiba tiba . anis mayessa sememangnya tidak tahu bahawa global elite holdings adalah kepunyaan keluarga tengku danial uzair akhtar dan dia sendiri tidak tahu adam ikhwan dibesarkan oleh keluarga danial . ' kalau aku jumpa dia pun , apa aku nak buat ? kau nak aku lari terus peluk dia dan katakan yang aku sangat rindukan dia ? kau ingat aku senang-senang nak cakap macamtu dekat orang yang curang padaku ? balasku dengan nada yang tenang . tiada lansung sebaris senyuman yang kuhadiahkan pada adam ikhwan .

'aku faham anis kau begitu terluka dengan perbuatan dia . tapi percayalah , cinta di hati danial hanya untuk kau sahaja . walalupun ramai perempuan yang cuba memikat dia , dia tak pernah layan tau . begitu utuh cinta di hati dia untuk kau , anis ' ujar adam ikhwan . ' kalau kau nak cuba backup dia , aku tak marah pun adam . aku faham , kau best friend dia . luka di hati aku ni adam , begitu sukar untuk sembuh . aku tak mungkin akan dapat terima perbuatan dia adam . aku begitu setia pada dia . tapi , kau tengoklah apa balasan yang aku dapat atas kesetiaan aku adam ? nothing ! aku rasa memang Allah nak balas pada dia atas perbuatan dia yang telah meyakiti aku dulu adam . air mata aku dah kering semata-mata kerana dia adam . aku taknak bersedih lagi ' kataku kepada adam ikhwan . adam ikhwan hanya merenungku dengan pandangan yang hiba kerana dia tahu yang aku kurang selesa apabila membincangkan soal danial .

'aku faham anis . tapi aku sebagai kawan danial juga , aku nampak akan penderitaan yang dia tanggung sejak kehilangan kau , kehilangan cinta kau . dia seperti sukar untuk mendekati mana-mana perempuan . dia pernah kata dekat aku , kalaulah masa dapat diputarkan balik , dia janji yang dia tidak akan sesekali melukai hati kau . dia begitu cintakan kau , anis . kau ingat , masa dia couple dengan fatin dulu , dia bahagia sangat ? aku yang sering jadi pendengar setia dia . dia selalu membanding-bandingkan antara kau dengan fatin . aku tak nampak kebahagiaan di matanya dengan fatin izzati , macamana yang aku boleh nampak ketika dia bersama kau . walaupun diorang dah clash sekarang , si fatin izzati tu yang terhegeh-hegeh nak kembali mendapatkan cinta dia ' balas adam ikhwan yang sesekali cuba mempertahankan kawan baiknya , tengku danial uzair akhtar .

' karma exists adam , what goes around , comes around . tak semestinya , apa yang kita hajati kita nak kan ? aku taulah , tengku danial kesayangan kau tu kaya orangnya . tapi dia sendiri nampak kan , yang cinta tidak boleh dibeli dengan wang ringgit . dulu , dia yang pesan kat aku agar aku setia pada cinta kitorang , tak sampai 3 bulan dia dekat matriks banting tu , dah bermacam-macam cerita sampai dekat telingan aku ni . kira okaylah kan , aku buat keputusan yang betul . aku taknak tertipu dengan buaya macam tu walaupun pada hakikatnya , aku sendiri jadi mangsa penipuan dia ' kataku kepada adam ikhwan . adam ikhwan seperti kehilangan kata-kata sahaja mendengarkan setiap patah yang keluar dari mulutku . dia tidak tahu lagi bagaimana untuk memujukku supaya menerima tengku danial uzair akhtar

'jomlah adam , waktu lunch pun dah nak tamat kan ? aku pergi kaunter , bayar dulu okay ?' kataku pada adam ikhwan sambil menghadiahkan senyuman yang ikhlas kepdanya . adam ikhwan mengucapkan terima kasih sambil membalas senyumanku . betapa mulianya hati seorang lelaki yang bernama adam ikhwan itu yang sanggup menggadaikan rasa cintanya selama 8 tahun demi sahabat merangkap saudara kandung yang dikasihi .

Thursday, 27 October 2011

hatimu , milikku { bab 8}

anis mayessa , seorang gadis yang bertubuh kecil dan berpewatakan agak 'kasar' mampu menarik mana-mana perhatian lelaki di sekelilingnya . sikapnya yang agak selamba , dan suka cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang lain , adakalanya membuatkan ramai orang di sekelilingnya berasa senang dengan karakter yang dimilikinya . baginya , dengan berpewatakan tersebut , agak sukar sedikit untuk mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya . dia tidak ingin dilukai lagi . cukuplah sejarah lama yang tetap utuh disematkan di hatinya sehingga kini . dia tidak ingin menjadi mangsa permainan percintaan oleh insan yang bergelar 'lelaki' lagi. hakikatnya , di rumah , perwatakan anis mayessa sangatlah berbeza . dia sangat manja dengan kedua-dua ibu bapanya . misteri 'kehilangan' saudara kembarnya , masih cuba dijejaki oleh encik iskandar dan isterinya , sehingga kini . bukan pasangan suami isteri tersebut tidak sayang akan satu-satunya 'putera' mereka . tetapi , kerumitan hidup pada masa lampau membuatkan mereka menyesal sehingga kini bahawa mereka telah membuat keputusan yang salah dengan menyerahkan salah seorang daripada anak mereka untuk dijaga oleh orang lain .

encik iskandar dan puan maznah mempunyai sebuah kedai dobi yang terletak di cheras . bisnes tersebut dijalankan secara bersama-sama dan beberapa orang pekerja diupah untuk membantu mereka . kebetulan , pada masa tersebut ,kedai dobi mereka didatangi oleh seorang wanita yang anggun dan melalui personalitinya , wanita tersebut merupakan seorang yang kaya-raya . wanita tersebut turut membawa anak lelaki kecilnya yang lebih kurang berusia 5 tahun . wanita anggun tersebut kelihatan berkenan dengan anak lelaki encik iskandar dan setelah melihatkan anak lelakinya turut rapat dan mesra dengan anak lelaki encik iskandar , hampir saban hari wanita anggun tersebut membawa anak lelakinya untuk bertemu dan bermain dengan anak lelaki encik iskandar . 

pada suatu hari , wanita anggun tersebut datang ke dobi bersama dengan suaminya untuk menyatakan hasrat mereka untuk mengambil anak lelaki encik iskandar sebagai anak angkat mereka . pada mulanya , encik iskandar dan isterinya berasa sangat sukar dan tidak ingin menyerahkan anak mereka kepada orang lain . namun , setelah dipujuk beberapa kali oleh pasangan tersebut dan dijanjikan dengan kehidupan dan pelajaran yang baik oleh pasangan suami isteri tersebut , akhirnya encik iskandar dan isterinya terpaksa bersetuju dengan wanita anggun tersebut , tengku marina dan suaminya , tengku eidlan akhtar . ditambah pula dengan keusahan yang mereka alami pada ketika itu , keuntungan bisnes mereka semakin merudum dan juga ekonomi mereka yang tidak stabil , menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan anak lelaki yang mereka kasihi , adam ikhwan . 

setelah hampir 10 tahun adam ikhwan tinggal bersama dengan keluarga angkatnya , tengku eidlan akhtar dan tengku marina tidak pernah membezakan kasih sayangnya antara tengku danial uzair akhtar dan adam ikhwan. begitu juga abang dan kakak tengku danial . bagi mereka , adam ikhwan sudah seperti saudara kandung mereka sendiri dan mereka saling menyanyangi antara satu sama lain . apa yang tengku danil terima daripada ibu bapanya , itulah juga yang akan menjadi kepunyaan adam ikhwan . disebabkan itu , hubungan mereka sungguh akrab sehingga kini . mereka berdua turut dihantar ke dublin business school , ireland bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang bisnes . tengku eidlan hanya mamou mengharpkan anak bongsu dan juga anak angkatnya untuk meneruskan empayar kepunyaannya dalam bidang automobil . maklumlah , kakak dan abang tengku danial , tengku dayana akhtar dan tengku dzafir ummar akhtar masing-masing menceburkan diri dalam bidang yang diminati mereka .

'adik , nanti adik dah besar , adik cari abang ye . ibu dan ayah rindu sangat dengan abang' kata ibu sambil mengusap perlahan rambutku . kelihatan beberapa titisan jernih tumpah dari kelopak mata ibu . ibu pastinya kelihatan sedih tatkala menceritakan misteri 'kehilangan' abang . ayah juga kelihatan sedih namun dia sedaya-upaya menyembunyikan kesedihan di sebalik mata tuanya dan sentisa memujuk ibu dan meminta ibu terus berdoa agar hajat mereka untuk menemui anak lelaki mereka akan dimakbulkan Allah S.W.T sebelum mereka meninggalkan dunia yang fana ini . sebelum menyerahkan adam ikhwan kepada pasangan tengku tersebut , encik iskandar dan isterinya telah memakaikan sepasang loket yang berhuruf 'A' kepada kedua-dua anak kembarnya . rantai tersebut telah lama ditempah semasa anak-anaknya masih dalam kandungan lagi setelah mereka dikhabarkan bakal menimang cahaya mata kembar . 

'adik , kalau adik dah besar nanti , adik cari abang ye . abang pun ada rantai macam adik tu . lagi satu , dekat siku belah kanan abang ada tanda lahir yang agak besar . mungkin itu dapat membantu adik . ibu dan ayah dah lama cari abang dan kami tidak pernah putus-putus berdoa untuk berjumpa dengan abang ' kata ayah padaku semasa kami bertiga di ruang tamu sambil menonton televisyen. 'insyaAllah , ayah , ibu . adik akan cuba cari abang . adik rindu sangat dekat abang tau ' balasku dalam sendu . 'tapi kan , ibu , ayah , adik ingat lagi masa adik form 5 dulu kan , adik ada seorang kawan nama dia adam ikhwan jugak . tapi kan , dia tak pernah bagitau sesiapa apa nama ayah dia . sebab bagi dia , isu pasal keluarga dia sensitif sangat . adik pun tak tahu kenapa ' kataku lagi kepada ibu dan ayah . 'entah-entah tu adam kita tak bang ? ' soal puan maznah dengan muka yang sedikit ceria . 'tapi bu , adam tu takde rantai pun adik tengok . bukan abang kot' ujarku lagi . tiba-tiba wajah puan maznah kembali kendur dan perbualan mereka hanya terhenti di situ .

Wednesday, 26 October 2011

hatimu , milikku { bab 7}

tengku danial kelihatan termenung jauh di pejabatnya . kata-kata mama malam tadi masih terngiang-ngiang di telinganya . 'mama nak danial kenalkan pada mama dan papa calon isteri danial hujung bulan ni . kita akan buat majlis makan malam dengan abang , kakak dan adam sekali untuk danial perkenalkan calon isteri danial tu . kalau masih tiada calon , mama sendiri yang akan carikan calon untuk danial . umur kamu pun bukannya muda lagi danial ' kata mama lembut walaupun intonasinya sedikit serius . 'tapi , danial muda lagi ma . baru je nak jinak-jinakkan diri dalam syarikat papa . bagilah danail enjoy dengan life danial dulu . i'm not ready with any commitments ma ' kataku kepada mama . 'danial ni kenapa ? dulu mama dah betul-betul berkenan denagan anis tu , yang danial buat hal kenapa ? ' soal mama . 'mama ni , salah danial je yang mama nampak . kami dah tak sehaluan lah ma waktu tu ' balasku sambil meramas-ramas tangan mama , manja .

'danial , anis dapat tawaran untuk belajar di uitm ! alhamdulillah , anis suka sangat ! ' kendengaran ceria sungguh suara anis di hujung talian . ' ye ke ? alhamdulillah , itu yang anis hajatkan kan ? danial tumpang gembira anis ' balas danial . ' danial ni , lain macam je , macam tak suka je ? ' kata anis . 'eh , mana adalah , kalau anis gembira , danial pun turut gembira jugak ' kata danial sambil suaranya yang cuba diceriakan . ' danial kenapa ni ? sampai satu masa kita kena jugak berpisah . kita kena ikut haluan masing-masing . walau apapun , danial jangan risau . hatiku milikmu kan ? ' kataku sambil cuba memujuk danial . 'bukan apa sayang , danial takut nanti anis lupakan danial . maklumlah , dapat tawaran belajar dekat uitm shah alam pulak tu . dulu masa kakak belajar dekat sana tu dia terus clash dengan abang raziq tau lepas dua bulan kakak belajar dekat uitm . danial takut perkara yang sama jadi dekat anis . nanti anis lupakan danial ' sendu suara danial di hujung talian . 'look here danial , danial tau kan , yang anis sayang sangat dekat danial . kalau anis tak setia , tak mustahil pad masa akan datang , husband anis pun takkan setia dengan anis kan ? walaupun kalau suami anis tu bukan danial . dear , karma exists . what goes around comes around kan ? terangku panjang lebar bagi meyakinkan danial dan mengurangkan kerisauan yang jelas kedengaran melalui suaranya . ' ye lah sayang , anis janji ye , setia dengan danial ? hatimu milikku anis ' kata danial . ' haha lawaklah danial ni . anis akan sentiasa ingat 'slogan' danial untuk cinta kita ni ' balasku . akhirnya kami sama-sama tertawa di hujung talian .

kenanganku danial bersama anis tidak mungkin untuk dia lupakan . sesungguhnya , itulah kenangan yang paling manis yang pernah dirasakannya . mencintai seorang gadis yang bernama anis mayessa . ' kau ni kenapa danial ? sering sangat termenung aku tengok ? ' soal adam ikhwan . ' adam , dah berapa kali aku cakap ? jangan lagi panggil aku dengan panggilan 'danial' . nama tu hanya meninggalkan kesan luka dekat diri aku je . nama yang sentiasa diabadikan dalam diri anis suatu masa dulu ' ucap danial . 'okay , aku minta maaf 'uzair' . aku terlepas tadi . yelah , mak engku dengan pak engku je boleh panggil kau macam tu kan ' balas adam ikhwan . tapi , aku pelik , kenapa pasal peristiwa dulu tu je , kau sampai sanggup tukar nama panggilan kau eh ? ' soal adam ikhwan . ' anis yang start panggil aku dengan panggilan tu , adam . aku masih ingat , di awal perkenalan dulu kami sering bertengkar semata-mata nak tentukan panggilan apa yang anis patut panggil aku . dia selalu complaint yang nama aku panjang sangat . kelakar kan anis tu ?' cerita danial sambil tersenyum mengingatkan kenangan lalu . ' a'ah kau pernah cerita dekat aku kan yang anis geli nak panggil 'sayang-sayang ni ? aku rasakanlah uzair , rata-rata perempuan yang cuba mengorat kau sekarang ni , takde satu pun yang rasa geli kan dengan panggilan macamtu ? lagi diorang tergedik-gedik adalah ' kata adam ikhwan sambil menunjukkan muka menyampahnya . akhirnya ketawa mereka sama-sama pecah di pejabat itu . 'kau tau kan , anis tu kan brutal . tapi , brutal-brutal dia pun , dia tetap comel ' sebab tu aku sayang sangat dekat dia . 'wahai uzair , kalaulah kau tahu hatiku bagai dihiris belati mendengarkan segala kenangan pahit manis yang tercipta antara korang berdua ' bisik hati adam ikhwan.

namun mereka berdua tidak sedar bahawa perbualan mereka berdua telah didengari oleh fatin izzati, gadis yang tidak pernah putus-putus untuk mendapatkan cinta tengku danial uzair akhtar sejak dari zaman belajar di matrikulasi banting lagi. 'heshhhh diorang ni , yang sibuk sibuk sangat bercerita pasal perempuan yang takde class tu kenapa ? aku yang punya cantik ni taknak pulak si uzair tu pandang . entah ubat guna-guna apa entah yang perempuan low class tu pakai sampaikan uzair teringat-ingatkan dia sampai sekarang ! ' bentak hati fatin izaati sambil kakinya dihentakkan ke lantai . kononnya sedang memijak wajah anis mayesaa yang seakan-akan megejeknya .

'kau dah fikir pasal arahan mak engku malam tadi uzair ? ' tanya adam ikhwan . sesungguhnya arahan mak engku itulah yang membuatkan danial keresahan sebelum kedatangan adam ikhwan ke pejabatnya sebentar tadi . 'itulah yang aku tengah fikirkan ni , adam . aku mana ada calon , macamana aku nak kenalkan dekat mama . mati aku .  buatlah sesuatu adam . tolong aku , kau tahu kan yang mama serius pasal tu ' kata danial sambil suaranya jelas menunjukkan kerisauan yang terpamer di wajahnya . ' tulah , kalau aku ada semalam dekat rumah mak engku mesti aku pun kena sekali kan ? nasib baiklah aku takde . kau mintaklah pendapat abang dzafri pasal ni . aku bab-bab ni tak expert lah ' kata adam ikhwan sambil cuba mengelak . 'macam ni lah kau kan adam , kau dah macam saudara kandung aku sendiri dah . takkan lah kau tak boleh nak tolong aku . mama kan sayang gila kat kau . nanti pandai-pandailah kau cerita dekat mama , mesti dia percaya punya  ' kata danial sambil tangannya memeluk bahu sahabat karibnya sejak berusia 5 tahun itu .

Tuesday, 25 October 2011

hatimu , milikku { bab 6}

aku masih cuba menghubungi telefon bimbit adam ihkwan . namun , jawapan yang kuterima masih lagi sama sejak semalam . telefon bimbit adam dijawab oleh suara seorang wanita , iaitu peti suara  . aku tidak berani untuk menanyakan kawan-kawan adam ikhwan yang lain tentang misteri kehilangannya kerana adam ikhwan tidak pernah menceritakan perihal kawan-kawannya kepadaku sepanjang tempoh kami berkenalan .

hubunganku dengan danial bertambah mesra dari sehari ke sehari . danial sering menungguku setelah waktu persekolahan dan hampir saban hari kami akan keluar bersama-sama untuk makan tengahari . kadangkala , selepas makan tengahari , kami akan mengunjungi perpustakaan awam di kajang untuk mengulang kaji peperiksaan memandangkan peperiksaan percubaan SPM semakin hampir . pernah suatu hari , danial memberitahuku bahawa dia akan bermain futsal bersama-sama dengan rakan-rakannya pada waktu malam . malang tidak berbau , motosikal yang ditunggang oleh danial dilanggar oleh sebuah kereta dan bahagian kakinya terdapat kesan luka yang agak teruk . setelah mendengar khabar berita tersebut , aku mulai risau akan keadaannya memandangkan peperiksaan percubaan akan bermula esok . 

setelah bersarapan keesokan harinya , aku mendapat mesej daripada danial ' danial nak jumpa anis belakang sekolah sebelum ambik exam boleh ?' kata danial melalui sms . tatkala aku membaca sms tersebut , aku mulai risau . mengenangkan kaki danial yang agak teruk setelah kulihat mms kirimannya semalam , aku pasti , agak sukar untuk danial berjalan . apatah lagi menunggang motosikal untuk berjumpaku . 'danial okay ke ni ? tak payahlah datang jumpa anis . lepas sekolah nanti , anis datang jumpa danial okay ? jangan susahkan diri danial . please ' balasku . ' danial nak jugak jumpa anis . i miss you . boleh kan ?' kata danial . memandangkan aku kesian akan dirinya yang bersusah-payah untuk datang menemuiku , lalu ku balas ' okay . take care ye . anis tunggu' . setelah beberapa minit kemudian aku mendapat panggilan telefon daripada danial memberitahu bahawa dia sudah sampai di belakang sekolahku .

luluh hatiku tatkala melihatkan kaki danial yang dibalut dengan bandage . menurut cerita yang diberitahu oleh danial mengenai luka di kakinya , aku turut merasa akan kesakitannya . aku nyilu mendengarnya kerana aku jugak pernah mempunyai pengalaman tentang kemalangan motosikal dan secara kebetulan , kesan parut kemalanganku jugak di kaki kanan , sama seperti danial . 'aku dah cakap dekat dia ni anis , degil jugak hah . sibuk suruh aku bawak motor dia semata-mata nak jumpa kau . tak fikir sakit dah . dia rindu sangat kat kau ', kata ashraf , teman baik danial sambil mencebikkan muka . ' tulah , aku pun dah cakap dekat dia . degil sangat. kaki tu kan dan teruk . anyway , thanks ashraf sebab bawakkan 'budak degil' ni dekat aku' kataku kepada ashraf sambil menjelirkan lidah ke arah danial . danial hanya tersenyum melihat perbualanku dengan ashraf dan sesekali dia mengadu tentang kesakitan yang ditanggungnya kepadaku . 'yelah , sayang . danial janji , lepasni tak buat lagi . danial rindu anis sebenarnya . tu yang datang . nanti tak boleh jawab exam kan susah ? usik danial . ' amboi . ulat bulu dah naik badan nampak ? yelah , thanks ye danial . dah dah . cepat pergi sekolah . nanti lambat ambik exam . good luck ye ! ' ucapku kepada danial dan ashraf .

dua hari selepas itu , setelah memastikan kaki danial beransur pulih sedikit , barulah aku bersetuju untuk keluar dengannya . bukan apa , aku tidak ingin menyusahkan danial untuk datang berjumpa denganku . lebih-lebih lagi , dia sukar sedikit untuk berjalan kerana kecederaan yang dialaminya . kami bersetuju untuk berjumpa di perpustakaan awam untuk mengulangkaji subjek agama islam . sedang aku khusyuk belajar dengan danial , tiba tiba dia mengadu bahawa kakinya berasa sakit dan aku dapat melihat ada darah yang mengalir di tempat luka tersebut . aku berasa panik . lalu kuminta tisu dari kawan sekolahku yang turut berada di situ pada ketika itu dan aku mengambil dettol yang kuhadiahkan pada danial untuk merawat lukanya . pemberian dettol tersebut merupakan 'buah tangan' dariku untuk danial sebenarnya . maklumlah , orang sakit . heeee

danial pada mulanya berasa hairan kerana aku beria-ia untuk membersihkan lukanya . tindakanku itu mendatangkan rasa hairan pada dirinya . 'eh , bukan ke anis geli dengan darah ? dah dah takpe , biar danial yang bersihkan . anis jangan buat . karang pengsan pulak tengok darah' kata danial sambil menunjukkan senyuman ke arahku . 'danial ni . anis kan pernah kena luka macamni . anis tau sakitnya macamana . bila jadi dekat anis dulu , anis tak geli pun . biar anis bersihkan eh ? ' balasku sambil tanganku mula membuka penutup dettol untuk memulakan kerja pembersihan luka di kaki danial . 'baiknya anis ni . untung kalau aku dapat jadikan calon isteri ' detik hati nakal danial sambil tersengih  .

setelah siap aku membersihkan luka di kaki danial . aku duduk di sebelahnya untuk sambung mengulangkaji . tiba tiba datang 3 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7-10 tahun datang ke arah kami dan duduk berhadapan dengan meja kami . beberapa minit kemudian , aku mengambil keputusan untuk berborak dengan kanak-kanak perempuan tersebut dan kami tertawa bersama-sama mendengarkan kepetahan kanak-kanak tersebut berbicara . danial hanya tersenyum melihat aku melayan keletah kanak-kanak tersebut . sesekali , dia juga turut menyertai perbualan kami .

aku dan danial berasa geram akan sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang duduk selang dari 2 meja dengan tempat duduk kami . bagiku , mereka tidak tahu menghormati peraturan di dalam perpustakaan dengan membuat bising . 'myra , cantik tak perempuan yang pakau baju pink tu ? ' tanyaku kepada mira , budak perempuan yang duduk di hadapanku itu . 'takpun kak anis .dahlah bising . saje je nak cari publisiti ' balas mira sambil mencebikkan mulutnya . aku dan danial hanya tertawa kecil melihatkan mimik muka myra. 'uhmmm , abang danial ni hensem tak ? ' sengaja aku bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut . 'hensem ! ' serentak mereka bertiga menjawab . danial di sebelahku sudah membuatkan muka bangga sambil menjelirkan lidah ke arahku . aku hanya mampu tersenyum melihatnya . danial mula menyertai perbualan kami , 'kak anis cantik tak ?' tanya danial . aku sudah menjegilkan mata ke arah danial yang sudah memulangkan paku buah keras kepadaku . 'cantik . cantik lagi daripada perempuan tadi . kak anis baik ' balas ketiga-tiga kanak tersebut . aku yang mendengarkan jawapan mereka hanya mampu tersenyum sehingga menampakkan rona kemerah-merahan di pipiku . 'kak anis memang cantik kan . nanti dah besar abang danial nak kahwin dengan kak anis . dia tak geli nak bersihkan luka kat kaki abang ni ' kata danial sambil menunjukkan kesan balutan di kakinya . 'tengok tu myra , fika , nana . gatal kan abang danial ni . kecik-kecik cakap pasal kahwin. tak malu !' kataku kepada mereka bertiga . lantas ketawa kami berlima pecah mendengarkan kataku sebentar tadi . danial merapatkan mulutnya ke telingaku dan berkata 'budak budak tak pernah menipu , sayang ' bisiknya . aku pantas mencubit lengannya dan dibalas jeritan kecil oleh danial menandakan 'sakit' . akhirnya kami sama-sama tertawa. 

sesungguhnya , kenanganku bersama danial tidak mudah untuk aku lupakan , kerana dialah cinta pertamaku . begitu banyak kenangan manis yang tercipta antara kami dan menyukarkan aku untuk membenci dirinya setelah apa yang dia lakukan pada diriku . duhai hati ... lenyapkanlah cintaku terhadap tengku danial uzair akhtar . bukakanlah lembaran baru buat diriku ini . doaku di dalam hati 

Monday, 24 October 2011

hatimu , milikku { bab 5}

hubunganku dengan danial bertambah rapat apabila kami sering berhubung melalui telefon bimbit . setiap pagi , bangun sahaja dari tidur , pasti ada sahaja mesej yang kuterima dari danial . 'morning sayang ! dah bangun ? mesej yang kuterima dari danial ku balas ' morning danial . baru je bangun ni . kau dah lama bangun ?' soalku . aku yang sememangnya agak geli dengan panggilan 'sayang-sayang' ni . masa malam perkenalanku dengan danial , aku saja je ingin bergurau dengannya . sampai ke hari ini , panggilan itu masih lekat sebagai panggilan daripada danial untukku . 'jangan lah ber'aku-kau' dengan danial . kita kan dah jadi boyfriend-girlfriend' balas danial melalui sms . mataku membulat ketika baca mesej tersebut lalu kubalas 'sejak bila pulak aku jadi girlfriend kau ni ? siapa buat fitnah ni ? so , kau nak aku panggil kau apa ? tengku ? ke nama kau yang panjang berjela tu ? haha ' balasku kepada danial sambil ketawa . ' sekarang . mulai sekarang , kau gf aku , aku bf kau okay ? heee lahhh , panggillah honey , aku panggil kau bie , heee sweet kan ? ' balas danial . ' hah ? merepek jelah kau ni . aku panggil kau danial , kau panggil aku anis , okay ? aku geli lah nak ber-bie , ber-honey bagai neh . kalau kau tak setuju , takyah couple okay ' balasku sambil tersengih . ' okay , anis . kau gf aku sekarang . aku bf kau okay ? heeee :) ' balas danial . ' haha plan danial ni mengarutlah . haha okay ' balasku .

kata orang , lebih manis bercinta sesudah kahwin . tapi kes aku , 'lebih manis bercinta sesudah couple' cehhh mana datang istilah tu ntah ? aku yang main reka kot . heeee . setelah genap seminggu kami couple , tibalah hari khamis . hari di mana adanya class add maths aku dan danial . kami hanya akan berjumpa pada hari khamis sahaja . aku merupakan aliran akaun , manakala danial merupakan aliran sains tulen . jadi , subjek add maths sahajalah yang akan menemukan kami . cehh cinta add maths lah kononnye kan . haha padahal aku cukup lembap bab-bab add maths ni

'danial pakai baju warna biru tau harini . anis pun pakai biru jugak eh ? baru sweet . haha ' mesej danial sewaktu aku masih belum bersiap di rumah . aku mengenakan tshirt lengan panjang dan jeans serta tudung sama rona dengan bajuku . sepanjang waktu class , aku dan danial saling tidak bertegur sapa . kami masing-masing masih malu-malu kucing . setelah pulang ke rumah , aku terima sms dari danial ' sorry anis . danial malu sangat tadi . danial tak biasa cakap dengan perempuan . huhu' kata danial . 'oh yeke . takpe takpe . anis pun malu jugak nak tegur danial sebenarnya . heee :) ' balasku

peristiwa perkenalanku dengan danial terlayar di ruang mata . waktu itu kami di tingkatan 5 . cinta yang kami anggap indah merupakan sebuah cinta monyet pada zaman persekolahan . bagiku , jarang ada cinta monyet yang berkekalan sehingga ke alam perkahwinan . danial merupakan cinta pertamaku dan setelah sebulan berkenalan , hubungan kami menjadi rapat dan rahsia hubungan percintaan kami telah dapat dihidu oleh rakan-rakan sekelas kami di pusat tuisyen . ramai antaranya yang memuji kami sama cantik sama padan , tidak ada kurangnya juga perempuan yang iri hati denganku kerana berjaya melunturkan rasa malu tengku danial uzair akhtar terhadap perempuan . 'amboi , mak aku kata , jangan  kata menyampah . nanti itulah jugak jodoh kita suatu hari nanti !' usik aishah kepadaku sambil ketawa . 'haha banyaklah kau , dye yang tackle aku . aku pun tak tau macam mana boleh cair dengan 'mamat comel' kau tu' balasku dalam sisa tawa . 'takpelah , korang sesuai apa , kalau aku single lagi , dah lama aku tackle dia ' kata aishah sambil ketawa mengusikku . 'amboi , hairi nak campak mana ? kesian abang kerinting ! ' kataku diiringi ketawa kami berdua .

sepanjang tempoh sebulan perkenalan aku dengan danial , aku mula perasan bahawa hubungan rapatku dengan adam ikhwan mulai rengang . aku tidak tahu apa puncanya . kami tidak pergi dan pulang dari tusyen bersama-sama seperti yang sering kami lakukan setiap minggu . malah , danial yang selalu menemani aku pergi dan pulang dari tuisyen . danial sanggup memakirkan motornya di sebuah kawasan yang berhampiran dengan rumahku dan kami akan berjalan kaki bersama-sama ke pusat tuisyen . aku pernah bertanya kepada adam ikhwan apa yang menyebabkan dia menjauhkan diri daripadaku . tetapi aku tidak pernah mendapat jawapan yang inginku cari kerana adam ikhwan sering mengelakkan diri dari berjumpa denganku .

aishah pernah memberitahu kepadaku sewaktu tamat subjek agama kami di kelas ketika aku menanyakan aishah tentang perubahan adam ikhwan . aishah meminta aku merahsiakan cerita yang akan diberitahunya kelak kepadaku . 'adam tu sebenarnya kecik hati sebab kau tak cerita dekat dia yang kau dah ada boyfriend . kau macam tak anggap dia bestfriend kau pun padahal korang kan memang rapat' cerita aishah . 'ya allah ! yeke ? sampai macamtu sekali adam terasa dengan aku ? aku taknak hebohkan sebenarnya aishah . macamana aku nak buat ni ? aku call , mesej dia tak pernah reply . semalam pulak , dia tak datang tuisyen . pelik aku. kenapa eh ? ' soalku kepada aishah . ' aku pun taktau lah anis . kau biarkan dia chill dulu ye . dengar kata , dia dah tukar phone number dan dah stop tuisyen dekat sini' jawab aishah dengan muka hairan .  membulat mataku mendengarkan jawapan aishah 'hah ! takkan sampai aku tak bagitau dia pasal perkara kecik tu je dia sanggup merajuk sampai macamtu sekali dengan aku ? macamana ni ? ' tanyaku kepada aishah . ' macam aku kata tadi , kau biar dia bertenang dulu ya . mungkin esok, lusa , eloklah tu ' kata aishah . kali ini lebih tenang sikit berbanding tadi .

'hai , anis ... kalaulah kau tau apa perasaan adam tengok gadis kesayangannya diambil orang' aishah bermonolog di dalam hati . hakikatnya , dia tahu akan segala rahsia yang diceritakan adam kepadanya . dia telah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut sebaik mungkin dan tidak akan sekali-kali cuba membocorkannya .
 .

hatimu , milikku { bab 4}

selepas selesai menunaikan solat isya' , aku duduk di sisi ibu lalu berbaring di ribaannya . ayah masih belum pulang dari surau kerana ada kenduri doa selamat di surau katanya sebelum meninggalkan rumah tadi . ' ibu , ibu rindu dengan abang tak ? agaknya macam mana muka abang sekarang kan ? mesti handsome macam ayah kan bu ?' soalku kepada ibu yang mengelus lembut rambut lurusku di ribaannya .

'ibu dengan ayah pun dah lama cuba cari abang , dik . tapi Allah masih belum tunaikan harapan kami . doa ibu , biarlah ibu dapat jumpa dengan abang sebelum ibu menutup mata , dik . ' balas ibu . 'alah , ibu ni . janganlah cakap macamtu . nanti adik merajuk nanti , ayah takde nak pujuk tau . susah ibu nanti ' gurauku dengan ibu . anis mayessa binti iskandar merupakan satu-satunya puteri kesayangan yang sangat manja dengan ayahnya , encik iskandar . 'ohhh , adik sayang ayah jelah ni ? tak sayang ibu lah eh ? takpelah , ibu taknak kawan adik . nanti abang balik , ibu nak mengadu dekat abang adik buat ibu ' ibu tiba tiba membuat gaya sedih . 'alah, ibu ni . adik sayang ibu , sayang ayah , sayang abanglah . tiada pengganti pun tau bu untuk orang-orang yang adik sayang ni' kataku manja sambil mencium pipi kiri dan kanan ibu . 'tapi kan bu , bilalah kita dapat jumpa abang kan ? adik rindu nak main main dengan abang . adik rindu abang' , tanyaku .

perbualanku bersama ibu malam tadi tadi terus mati dari lamunanku apabila telefon bimbitku berdering minta diangkat . 'hello mayessa sayang , kau apa khabar ? sihat ? aku rindu nak jumpa puteri kesayangan aku ni ' kata si pemanggil . siapa lagi kalau bukan adam ikhwan sorang je yang memangilku dengan panggilan 'mayessa' . ' assalamualaikum , encik adam . ni apahal pagi pagi nak bersayang-sayang dengan aku ni ? geli tau tak !' jawabku . ' errr sorry lupa bagi salam . wassalam. elehh , macam tak biasa pulak . hehe kau buat apa ni ? jom pergi lunch dengan aku tengah hari nanti . lama tak jumpa puteri kesayangan aku ni ' pinta adam ikhwan kepadaku . 'okay doktor adam , kalau kau nak keluar dengan aku , stop bersayang-sayang dengan aku . kalau tak , sebulan aku tak nak kawan dengan kau . gelilah ' kataku kepada adam ikhwan . 'okaylah saya.. eh , mayessa . aku tak panggil dah . so how ?' tanya adam ikhwan . 'okay , pukul 1 dekat tempat biasa okay. assalamualaikum.' kataku . telefon bimbit ku matikan setelah salam dijawab oleh adam ikhwan .

perkenalanku dengan adam ikhwan juga bermula di pusat tuisyen . kami bertemu semasa kelas matematik . sewaktu itu , ayah terpaksa menjemputku lambat daripada kebiasaan . aku lapar kerana tidak sempat bersarapan kerana tergesa-gesa ke pusat tuisyen kerana takut terlambat . maklumlah , kelas pertamaku pada hari ini . setelah bersarapan , aku terserempak dengan adam ikhwan . 'adam , aku laparlah . nanti lepas class kita pegi makan nak ? ' soalku kepada adam . 'aku okay je . lepas class kita pergi okay' jawab adam . setelah berborak hampir sejam , kami meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing . macam-macam yang kami bualkan . maklumlah , hampir 5 tahun tidak berjumpa . pertemuan terakhir kami adalah semasa darjah 6 .

'makin cantik kau sekarang . apa rahsia ?' soal adam ikhwan kepadaku . aku yang memang tidak menggemari pujian daripada lelaki itu segera memijak kakinya . ' mana adalah . aku sama je macam dulu ' jawabku . 'amboi , terror lagi eh skill kau main pijak-pijak kaki ni . aku ingatkan , dah pupus dah ?' soal adam ikhwan sambil tersengih . 'hah, mestilah . lagi lagi dengan buaya darat macam kau kan . bukan pijak je , tendang pun aku berani tau ' jawabku dalam tawa . 'okay okay aku give up . kau menang okay' adam ikhwan mengangkat kedua-dua belah tangannya persis orang kalah perang . mereka beriringan masuk ke dalam restoran . 'kau masih cantik seperti dulu anis mayessa' gumam adam ikhwan dalam hatinya .

Saturday, 22 October 2011

hatimu , milikku { bab 3}

kenangan sewaktu perkenalan dengan seorang jejaka yang berjaya mencuri hatiku terlayar di ruang mata . pada mulanya , aku tidak pernah menyukai 'mamat comel' yang dilabelkan oleh aishah setiap kali apabila 'mamat comel' hadir ke kelas tuisyen kami . bagiku , dia nampak biasa sahaja dan tidak ada keistimewaan lansung di mataku . yelah , lain orang , lain pendapat kan . saiznya yang kecil dan kurus mungkin membuatkan dia nampak comel pada pandangan aishah . tapi , tidak padaku . mengata orang bersaiz kecil , padahal tinggi aku dan aishah lebih kurang sama tinggi je dengan 'mamat comel' tu .

aku teringat lagi malam selepas aku pulang ke tanah air , pada ketika itu aku dan keluargaku baru sahaja pulang dari bercuti ke beijing , china selama seminggu . ayah membawa kami sekeluarga melancong bersempena dengan cuti pertengahan semester kami selama 2 minggu . kami sekeluarga menaiki teksi yang disediakan oleh pihak KLIA kerana tidak ingin menyusahkan saudara-mara kami untuk datang menjemput di KLIA . lebih-lebih lagi , pada masa tersebut kami tiba pada pukul 7 pagi . setelah mengemaskan beg dan mengeluarkan segala barangan yang sempat kami 'shopping' di beijing , aku berasa bosan dan berhasrat untuk      'online' facebook setelah hampir seminggu aku meninggalkan laman web sosial tersebut . heeee

setelah aku menunggu gambar aku di'upload' kan di laman muka muka tersebut , aku disapa oleh seseorang melalui chat box yang terdapat pada facebook . aku buka IM (instant messaging) tersebut , dan aku disapa oleh seorang lelaki yang tertera namanya 'danial akhtar' . pada mulanya , aku ingin membiarkan sahaja teguran nya di laman sosial tersebut . tapi apabila mengenangkan aku yang sedang bosan pada ketika itu , aku pun membalas tegurannya 'hi' sambil membuat muka senyum :) . aku mengenalkan diriku sebagai anis mayessa bt iskandar dan  dia pula mengenalkan dirinya sebagai 'tengku danial uzair akhtar bin tengku eidlan akhtar' . aku selesa memanggilnya dengan panggilan 'danial' dan dia pula memanggilku 'anis'.

apabila aku menekan namanya yang tertera di facebook 'danial akhtar' dan melihat beberapa gambarnya yang terdapat pada laman sosial tersebut , barulah aku perasan yang danial merupakan 'mamat comel' yang tidak comel pada pandanganku itu . jika ditanya pada rakan-rakan yang lain , mereka mengatakan bahawa danial merupakan seorang jejaka yang tampan dan sangat baik . hati kecilku mula berbisik ' disebabkan danial adalah salah seorang rakanku di pusat tuisyen , maka aku bersetuju untuk berkenalan dengannya'. pada pandanganku melalui perbualan kami di facebook , danial merupakan seorang lelaki yang lembut dan macam macho sahaja lagaknya . heeee dan aku pulak terbalik . sedikit kasar berbanding dirinya .

'weyh , kau ada no phone tak ? nanti senang aku nak contact kau' tanya aku kepadanya . danial menjwab 'ada :) ' lalu menaip nombor telefonnya . setelah aku mendail nombor telefon bimbit danial di skrin telefonku , aku menekan butang 'call' . danial menaip ' okay , aku dah dapat nombor kau . thanks :) ' setelah hampir setengah jam berborak , tiba tiba danial bertanya 'weyh , kau pernah couple?' . aku menjawab 'pernah , tapi dah lama dah . masa form 3 . sekarang dah putus' . danial bertanya lagi ' kenapa putus ?' 'jodohkan dekat tangan tuhan. dah takde jodoh. heee ' kataku malas ingin ditanya lebih dalam lagi mengenai hal tersebut . 'kau pernah couple?' tanyaku . 'aku tak pernah couple lagi . tu yang aku tanya kau. heee '. setelah berborak lebih kurang sejam di laman muka buku , 'weyh , aku nak tidurlah , tibatiba mengantuk . heee next time kita sambung borak okay :) ' . danial membalas 'okay , kau tidurlah . kesian kau . penat tak hilang lagi . heee good night sayang . take care . bye ' . tiba tiba aku tersenyum sendiri . 'sayang?' haha nak kena kau ni ! okaylah . bye honey . aku tidur dulu . nyte . take care too :) ' .

maka berakhirlah perbualan kami di laman facebook tersebut dan aku mula membaringkan tubuh di katil. setelah hampir 15minit cuba melelapkan mata , aku gagal untuk tidur walaupun aku berasa mengantuk sangat .   'jangan tidur lambat honey. dah pukul 3 pagi neh. haha ' aku sengaja mengusik danial dengan panggilan tersebut , bagiku , panggilan tersebut tidak membawa apa apa makna kepada diriku . lalu butang 'send' kutekan dan aku mencari nama 'danial akhtar' pada 'contact list' ku . sedang aku cuba untuk tidur tiba-tiba bunyi mesej yang terhasil dari telefon bimbitku mengejutkanku . 'okay sayang . nak tidur dah ni . nyte :) ' . aku bertemankan mimpi yang indah pada malam itu .

tiba tiba aku tersedar dari lamunanku apabila aishah memanggilku beberapa kali dan mengajak aku untuk makan malam di bangi bagi menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke-25 . 'kau ni mengelamun ingatkan jejaka tampan mana hah ?' soal aishah padaku sambil tersengih . 'heshh mana ada ! lain lah macam kau kan , taulah hairi kau tu hensem kan . aku ni , siapalah nak pandang kan ? ' aku menjawab pertanyaan aishah . 'eleh , takde orang pandang konon , yang dulu kau kebas 'mamat comel' aku tu kenapa ?' kata aishah sambil tergelak . aku membuntangkan mata kepada aishah lagak seorang yang sedang marah ' hai cik aishah , siapa yang ngorat siapa pulak kan . bukan aku ! HAHA ' kataku sambil menarik aishah untuk menuju ke kereta . makin lama lagi dengan minah ni , makin banyak pulak nanti dia merapu .

Friday, 21 October 2011

hatimu , milikku { bab 2}

suasana pagi itu di global elite holdings dipenuhi dengan sebilangan pekerja yang dan pelanggan yang datang mengunjungi bilik pameran kereta buatan Jepun , iaitu Honda . sesekali kelihatan rozie , staf yang gemar memakai skirt pendek paras lutut serta sedikit ketat di bahagian punggung dan blaus memerah hati mencuri pandang bos mudanya , tengku danial uzair akhtar dengan pandangan yang menggoda dan badannya yang sengaja diliukkan seperti sotong lagaknya . 'morning tengku ! dah breakfast ? kalau belum , i boleh temankan' kata rozie , si setiausaha yang tidak putus-putus cuba untuk menggoda bos mudanya . 'morning . i dah sarapan dah dekat rumah pagi tadi with my parents. yang you ni sibuk-sibuk nak temankan i breakfast , dah siap dah kerja you yang meimbun tu ?' sindir tengku danial uzair akhtar . rozie hanya menjawab 'belum' sambil mukanya ditundukkan . malu agaknya ditegur sebegitu oleh jejaka yang diminatinya selama ini .

tengku danial uzair akhtar merupakan anak bongsu kepada pasangan tengku eidlan dan tengku marina . tengku danial uzair akhtar lebih gemar menghabiskan masanya dengan menyibukkan diri di pejabat dan pulang ke rumah setelah tamat waktu kerja daripada menghabiskan masa melepak di kelab-kelab malam yang digemari oleh rakan-rakannya . setelah tamat peperiksaan SPM , tengku danial dihantar ke dublin , ireland untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi . bukan kerana keputusan SPM nya yang tidak bagus , tetapi , tengku eidlan akhtar mahukan anak bujangnya yang seorang itu belajar di tempat yang sama pernah dipelajarinya semasa muda dulu . kerana ikutkan dan taat pada perintah ibu bapalah , tengku danial bersetuju dengan cadangan papanya . kalau diikutkan , memang tengku eidlan akhtar dan tengku marina inginkan kakak dan abang tengku danial melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan , tetapi kedu-dua orang anaknya itu lebih berminat ke dalam bidang perguaman dan juga seni lukisan . tengku eidlan dan tengku marina tidak pernah membantah , kerana mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka . akan tetapi , mereka juga inginkan salah seorang daripada waris mereka untuk meyambung legasi perniagaan automobil yang mereka miliki sekarang .

sedang tengku danial termenung memandang skrin laptop nya , tiba-tiba dia teringat akan seorang gadis yang pernah mencuri jiwa remajanya suatu ketika dulu . gadis yang pertama kali dicintainya . gadis yang membuatkan dia tidak sabar untuk menunggu waktu persekolahan tamat kerana pasti dia akan menunggu gadis tersebut di pintu belakang sekolah . ya , walaupun sekolah mereka berlainan , dia sanggup datang setelah tamat waktu persekolahan untuk menemui gadis yang sangat dicintainya dahulu . tengku danial sendiri tidak pasti sama ada rasa cinta yang dia rasakan  dalam hatinya 8 tahun dahulu , masih mekar dalam dalam hatinya , dalam ingatannya . tangan tengku danial menari-nari di atas kertas kosong dan mula melihatkan 4 huruf di atasnya . ANIS . ya , gadis yang berjaya menakluki hatinya 8 tahun dahulu . cinta pertamanya . cinta yang begitu indah baginya sebagai seorang pelajar tingkatan 5 yang baru mengenali erti sebuah cinta .

Wednesday, 19 October 2011

hatimu , milikku { bab 1}

aku dan  baru aishah sedang melepak di restoran old town di kajang untuk menikmati hidangan tengahari kami . aku dan aishah memesan menu yang sama nasi lemak rendang ayam dan dua ice lemon tea . bak kata aishah , kalau kita order sama , cepat lah sikit dapat . takdelah jenuh nak menunggu . kes penceraian encik hamid dan puan munirah di mahkamah sebentar tadi aku lupakan seketika setelah hidangan kegemaran terhidang di depan mata .

sedang aku asyik menjamu selera , tibatiba pandanganku beralih kepada sepasang kekasih yang masih bersekolah yang lalu di sebelah meja makan aku dan aishah . mungkin masih form 5 agaknya pasangan kekasih tersebut . aku main agak sahaja sebab dari segi paras rupa mereka menunjukkan mereka pelajar tingkatan 5 . mestilah , aku ada 'sense of humour' ni sebab aku kan pernah bergelar pelajar sekolah menengah dulu sebelum aku berjaya mengecapi cita-cita yang aku perolehi sekarang .

aku teringat lagi , masa aku di tingkatan 5 , aku berkenalan dengan seorang jejaka yang aku gelar 'mamat tak hensem' . ya , pada pandangan aku , dia biasa biasa sahaja . tapi , aku tak tau apa yang menarik sangat 'mamat' tu pada pandangan aishah . nak kata 'stylo' , tak pun . nak kata 'handsome' , biasa je pun . biarlah , lain orang lain pendapat kan . 'anis ! anis ! mamat tu dah datanglah . comelnya dia ! geram aku tengok ' kata aishah . aku pun berpusing ke kanan , memandang ke arah pintu masuk kelas yang ditunjukkan aishah dan aku nak jugak tengok 'mamat' mana yang aishah angaukan ni . okay , aku berpusing 180 darjah ke kanan . perbualan bersama aishah sebentar tadi tergendala seketika kerana adanya adegan 'mamat' comel masuk kelas . 

anis ! kau janganlah tenung lama-lama . 'mamat' tu aku punya . okay , aku tersedar dari lamunan dan terus pandang aishah balik . 'yelah , 'laki' kau kan ' aku saja memerli aishah sambil tersenyum . aishah kelihatan malu-malu selepas mendengar perkataan 'laki kau' yang aku katakan sebentar tadi . dalam hati 'ulat bulu dah naik badan lah tu ! ' sempat aku bermonolog sendiri di dalam hati .

tiba-tiba lelaki yang aku pandang tadi berjalan terus ke tempat duduk yang telah di'reserved'kan oleh kawan-kawannya . 'ish , macam bagus je sangat orang nak reserved kan tempat ! ' aku sempat mengomel sendirian .
sampai di tempat duduknya , aku ternampak 'dia' ketwa besar bersama rakan-rakannya . tak tahulah kalau cara pandangan aku tadi membuatkan mereka sekumpulan tertawa besar . ah , lantaklah . siapa kisah kan ?
goncangan di tanganku menyedarkan aku daripada lamunan yang panjang . cerita zaman sekolah menengah . zaman cinta-cinta monyet . ya , pada masa tingkatan 5 lah jugak , ramai di antara kawan-kawan aku yang mula bercinta , nak rasa erti sebuah cinta . cehhhhh ! kononnye dah dianggap besarlah kan sebab tidak lama lagi bakal menamatkan zaman persekolahan . 'anis ! jauh aku tengok kau termenung ? dah sampai mana ? egypt ? ' tegur aishah dalam nada gurauan . aishah memang cantik pada pandangan aku . seorang gadis yang bertudung dan sentiasa kelihatan ayu . kalau mana-mana lelaki nampak , mesti cair punya ! silap-silap budak sekolah yang aku nampak tadi pun boleh jatuh hati ! HAHA eh apa aku merepek ni . 'ohhh tak ada pape lah aishah . aku tengok 'couple' tu lalu tadi . 'sweet' je kan . tiba tiba teringat zaman form 5 kita . macam kau dengan hairi . macam aku dengan err.... ' kata-kataku mati di situ .