Wednesday, 19 October 2011

hatimu , milikku { bab 1}

aku dan  baru aishah sedang melepak di restoran old town di kajang untuk menikmati hidangan tengahari kami . aku dan aishah memesan menu yang sama nasi lemak rendang ayam dan dua ice lemon tea . bak kata aishah , kalau kita order sama , cepat lah sikit dapat . takdelah jenuh nak menunggu . kes penceraian encik hamid dan puan munirah di mahkamah sebentar tadi aku lupakan seketika setelah hidangan kegemaran terhidang di depan mata .

sedang aku asyik menjamu selera , tibatiba pandanganku beralih kepada sepasang kekasih yang masih bersekolah yang lalu di sebelah meja makan aku dan aishah . mungkin masih form 5 agaknya pasangan kekasih tersebut . aku main agak sahaja sebab dari segi paras rupa mereka menunjukkan mereka pelajar tingkatan 5 . mestilah , aku ada 'sense of humour' ni sebab aku kan pernah bergelar pelajar sekolah menengah dulu sebelum aku berjaya mengecapi cita-cita yang aku perolehi sekarang .

aku teringat lagi , masa aku di tingkatan 5 , aku berkenalan dengan seorang jejaka yang aku gelar 'mamat tak hensem' . ya , pada pandangan aku , dia biasa biasa sahaja . tapi , aku tak tau apa yang menarik sangat 'mamat' tu pada pandangan aishah . nak kata 'stylo' , tak pun . nak kata 'handsome' , biasa je pun . biarlah , lain orang lain pendapat kan . 'anis ! anis ! mamat tu dah datanglah . comelnya dia ! geram aku tengok ' kata aishah . aku pun berpusing ke kanan , memandang ke arah pintu masuk kelas yang ditunjukkan aishah dan aku nak jugak tengok 'mamat' mana yang aishah angaukan ni . okay , aku berpusing 180 darjah ke kanan . perbualan bersama aishah sebentar tadi tergendala seketika kerana adanya adegan 'mamat' comel masuk kelas . 

anis ! kau janganlah tenung lama-lama . 'mamat' tu aku punya . okay , aku tersedar dari lamunan dan terus pandang aishah balik . 'yelah , 'laki' kau kan ' aku saja memerli aishah sambil tersenyum . aishah kelihatan malu-malu selepas mendengar perkataan 'laki kau' yang aku katakan sebentar tadi . dalam hati 'ulat bulu dah naik badan lah tu ! ' sempat aku bermonolog sendiri di dalam hati .

tiba-tiba lelaki yang aku pandang tadi berjalan terus ke tempat duduk yang telah di'reserved'kan oleh kawan-kawannya . 'ish , macam bagus je sangat orang nak reserved kan tempat ! ' aku sempat mengomel sendirian .
sampai di tempat duduknya , aku ternampak 'dia' ketwa besar bersama rakan-rakannya . tak tahulah kalau cara pandangan aku tadi membuatkan mereka sekumpulan tertawa besar . ah , lantaklah . siapa kisah kan ?
goncangan di tanganku menyedarkan aku daripada lamunan yang panjang . cerita zaman sekolah menengah . zaman cinta-cinta monyet . ya , pada masa tingkatan 5 lah jugak , ramai di antara kawan-kawan aku yang mula bercinta , nak rasa erti sebuah cinta . cehhhhh ! kononnye dah dianggap besarlah kan sebab tidak lama lagi bakal menamatkan zaman persekolahan . 'anis ! jauh aku tengok kau termenung ? dah sampai mana ? egypt ? ' tegur aishah dalam nada gurauan . aishah memang cantik pada pandangan aku . seorang gadis yang bertudung dan sentiasa kelihatan ayu . kalau mana-mana lelaki nampak , mesti cair punya ! silap-silap budak sekolah yang aku nampak tadi pun boleh jatuh hati ! HAHA eh apa aku merepek ni . 'ohhh tak ada pape lah aishah . aku tengok 'couple' tu lalu tadi . 'sweet' je kan . tiba tiba teringat zaman form 5 kita . macam kau dengan hairi . macam aku dengan err.... ' kata-kataku mati di situ .

No comments:

Post a Comment