encik iskandar dan puan maznah mempunyai sebuah kedai dobi yang terletak di cheras . bisnes tersebut dijalankan secara bersama-sama dan beberapa orang pekerja diupah untuk membantu mereka . kebetulan , pada masa tersebut ,kedai dobi mereka didatangi oleh seorang wanita yang anggun dan melalui personalitinya , wanita tersebut merupakan seorang yang kaya-raya . wanita tersebut turut membawa anak lelaki kecilnya yang lebih kurang berusia 5 tahun . wanita anggun tersebut kelihatan berkenan dengan anak lelaki encik iskandar dan setelah melihatkan anak lelakinya turut rapat dan mesra dengan anak lelaki encik iskandar , hampir saban hari wanita anggun tersebut membawa anak lelakinya untuk bertemu dan bermain dengan anak lelaki encik iskandar .
pada suatu hari , wanita anggun tersebut datang ke dobi bersama dengan suaminya untuk menyatakan hasrat mereka untuk mengambil anak lelaki encik iskandar sebagai anak angkat mereka . pada mulanya , encik iskandar dan isterinya berasa sangat sukar dan tidak ingin menyerahkan anak mereka kepada orang lain . namun , setelah dipujuk beberapa kali oleh pasangan tersebut dan dijanjikan dengan kehidupan dan pelajaran yang baik oleh pasangan suami isteri tersebut , akhirnya encik iskandar dan isterinya terpaksa bersetuju dengan wanita anggun tersebut , tengku marina dan suaminya , tengku eidlan akhtar . ditambah pula dengan keusahan yang mereka alami pada ketika itu , keuntungan bisnes mereka semakin merudum dan juga ekonomi mereka yang tidak stabil , menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan anak lelaki yang mereka kasihi , adam ikhwan .
setelah hampir 10 tahun adam ikhwan tinggal bersama dengan keluarga angkatnya , tengku eidlan akhtar dan tengku marina tidak pernah membezakan kasih sayangnya antara tengku danial uzair akhtar dan adam ikhwan. begitu juga abang dan kakak tengku danial . bagi mereka , adam ikhwan sudah seperti saudara kandung mereka sendiri dan mereka saling menyanyangi antara satu sama lain . apa yang tengku danil terima daripada ibu bapanya , itulah juga yang akan menjadi kepunyaan adam ikhwan . disebabkan itu , hubungan mereka sungguh akrab sehingga kini . mereka berdua turut dihantar ke dublin business school , ireland bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang bisnes . tengku eidlan hanya mamou mengharpkan anak bongsu dan juga anak angkatnya untuk meneruskan empayar kepunyaannya dalam bidang automobil . maklumlah , kakak dan abang tengku danial , tengku dayana akhtar dan tengku dzafir ummar akhtar masing-masing menceburkan diri dalam bidang yang diminati mereka .
'adik , nanti adik dah besar , adik cari abang ye . ibu dan ayah rindu sangat dengan abang' kata ibu sambil mengusap perlahan rambutku . kelihatan beberapa titisan jernih tumpah dari kelopak mata ibu . ibu pastinya kelihatan sedih tatkala menceritakan misteri 'kehilangan' abang . ayah juga kelihatan sedih namun dia sedaya-upaya menyembunyikan kesedihan di sebalik mata tuanya dan sentisa memujuk ibu dan meminta ibu terus berdoa agar hajat mereka untuk menemui anak lelaki mereka akan dimakbulkan Allah S.W.T sebelum mereka meninggalkan dunia yang fana ini . sebelum menyerahkan adam ikhwan kepada pasangan tengku tersebut , encik iskandar dan isterinya telah memakaikan sepasang loket yang berhuruf 'A' kepada kedua-dua anak kembarnya . rantai tersebut telah lama ditempah semasa anak-anaknya masih dalam kandungan lagi setelah mereka dikhabarkan bakal menimang cahaya mata kembar .
'adik , kalau adik dah besar nanti , adik cari abang ye . abang pun ada rantai macam adik tu . lagi satu , dekat siku belah kanan abang ada tanda lahir yang agak besar . mungkin itu dapat membantu adik . ibu dan ayah dah lama cari abang dan kami tidak pernah putus-putus berdoa untuk berjumpa dengan abang ' kata ayah padaku semasa kami bertiga di ruang tamu sambil menonton televisyen. 'insyaAllah , ayah , ibu . adik akan cuba cari abang . adik rindu sangat dekat abang tau ' balasku dalam sendu . 'tapi kan , ibu , ayah , adik ingat lagi masa adik form 5 dulu kan , adik ada seorang kawan nama dia adam ikhwan jugak . tapi kan , dia tak pernah bagitau sesiapa apa nama ayah dia . sebab bagi dia , isu pasal keluarga dia sensitif sangat . adik pun tak tahu kenapa ' kataku lagi kepada ibu dan ayah . 'entah-entah tu adam kita tak bang ? ' soal puan maznah dengan muka yang sedikit ceria . 'tapi bu , adam tu takde rantai pun adik tengok . bukan abang kot' ujarku lagi . tiba-tiba wajah puan maznah kembali kendur dan perbualan mereka hanya terhenti di situ .
No comments:
Post a Comment