kenangan sewaktu perkenalan dengan seorang jejaka yang berjaya mencuri hatiku terlayar di ruang mata . pada mulanya , aku tidak pernah menyukai 'mamat comel' yang dilabelkan oleh aishah setiap kali apabila 'mamat comel' hadir ke kelas tuisyen kami . bagiku , dia nampak biasa sahaja dan tidak ada keistimewaan lansung di mataku . yelah , lain orang , lain pendapat kan . saiznya yang kecil dan kurus mungkin membuatkan dia nampak comel pada pandangan aishah . tapi , tidak padaku . mengata orang bersaiz kecil , padahal tinggi aku dan aishah lebih kurang sama tinggi je dengan 'mamat comel' tu .
aku teringat lagi malam selepas aku pulang ke tanah air , pada ketika itu aku dan keluargaku baru sahaja pulang dari bercuti ke beijing , china selama seminggu . ayah membawa kami sekeluarga melancong bersempena dengan cuti pertengahan semester kami selama 2 minggu . kami sekeluarga menaiki teksi yang disediakan oleh pihak KLIA kerana tidak ingin menyusahkan saudara-mara kami untuk datang menjemput di KLIA . lebih-lebih lagi , pada masa tersebut kami tiba pada pukul 7 pagi . setelah mengemaskan beg dan mengeluarkan segala barangan yang sempat kami 'shopping' di beijing , aku berasa bosan dan berhasrat untuk 'online' facebook setelah hampir seminggu aku meninggalkan laman web sosial tersebut . heeee
setelah aku menunggu gambar aku di'upload' kan di laman muka muka tersebut , aku disapa oleh seseorang melalui chat box yang terdapat pada facebook . aku buka IM (instant messaging) tersebut , dan aku disapa oleh seorang lelaki yang tertera namanya 'danial akhtar' . pada mulanya , aku ingin membiarkan sahaja teguran nya di laman sosial tersebut . tapi apabila mengenangkan aku yang sedang bosan pada ketika itu , aku pun membalas tegurannya 'hi' sambil membuat muka senyum :) . aku mengenalkan diriku sebagai anis mayessa bt iskandar dan dia pula mengenalkan dirinya sebagai 'tengku danial uzair akhtar bin tengku eidlan akhtar' . aku selesa memanggilnya dengan panggilan 'danial' dan dia pula memanggilku 'anis'.
apabila aku menekan namanya yang tertera di facebook 'danial akhtar' dan melihat beberapa gambarnya yang terdapat pada laman sosial tersebut , barulah aku perasan yang danial merupakan 'mamat comel' yang tidak comel pada pandanganku itu . jika ditanya pada rakan-rakan yang lain , mereka mengatakan bahawa danial merupakan seorang jejaka yang tampan dan sangat baik . hati kecilku mula berbisik ' disebabkan danial adalah salah seorang rakanku di pusat tuisyen , maka aku bersetuju untuk berkenalan dengannya'. pada pandanganku melalui perbualan kami di facebook , danial merupakan seorang lelaki yang lembut dan macam macho sahaja lagaknya . heeee dan aku pulak terbalik . sedikit kasar berbanding dirinya .
'weyh , kau ada no phone tak ? nanti senang aku nak contact kau' tanya aku kepadanya . danial menjwab 'ada :) ' lalu menaip nombor telefonnya . setelah aku mendail nombor telefon bimbit danial di skrin telefonku , aku menekan butang 'call' . danial menaip ' okay , aku dah dapat nombor kau . thanks :) ' setelah hampir setengah jam berborak , tiba tiba danial bertanya 'weyh , kau pernah couple?' . aku menjawab 'pernah , tapi dah lama dah . masa form 3 . sekarang dah putus' . danial bertanya lagi ' kenapa putus ?' 'jodohkan dekat tangan tuhan. dah takde jodoh. heee ' kataku malas ingin ditanya lebih dalam lagi mengenai hal tersebut . 'kau pernah couple?' tanyaku . 'aku tak pernah couple lagi . tu yang aku tanya kau. heee '. setelah berborak lebih kurang sejam di laman muka buku , 'weyh , aku nak tidurlah , tibatiba mengantuk . heee next time kita sambung borak okay :) ' . danial membalas 'okay , kau tidurlah . kesian kau . penat tak hilang lagi . heee good night sayang . take care . bye ' . tiba tiba aku tersenyum sendiri . 'sayang?' haha nak kena kau ni ! okaylah . bye honey . aku tidur dulu . nyte . take care too :) ' .
maka berakhirlah perbualan kami di laman facebook tersebut dan aku mula membaringkan tubuh di katil. setelah hampir 15minit cuba melelapkan mata , aku gagal untuk tidur walaupun aku berasa mengantuk sangat . 'jangan tidur lambat honey. dah pukul 3 pagi neh. haha ' aku sengaja mengusik danial dengan panggilan tersebut , bagiku , panggilan tersebut tidak membawa apa apa makna kepada diriku . lalu butang 'send' kutekan dan aku mencari nama 'danial akhtar' pada 'contact list' ku . sedang aku cuba untuk tidur tiba-tiba bunyi mesej yang terhasil dari telefon bimbitku mengejutkanku . 'okay sayang . nak tidur dah ni . nyte :) ' . aku bertemankan mimpi yang indah pada malam itu .
tiba tiba aku tersedar dari lamunanku apabila aishah memanggilku beberapa kali dan mengajak aku untuk makan malam di bangi bagi menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke-25 . 'kau ni mengelamun ingatkan jejaka tampan mana hah ?' soal aishah padaku sambil tersengih . 'heshh mana ada ! lain lah macam kau kan , taulah hairi kau tu hensem kan . aku ni , siapalah nak pandang kan ? ' aku menjawab pertanyaan aishah . 'eleh , takde orang pandang konon , yang dulu kau kebas 'mamat comel' aku tu kenapa ?' kata aishah sambil tergelak . aku membuntangkan mata kepada aishah lagak seorang yang sedang marah ' hai cik aishah , siapa yang ngorat siapa pulak kan . bukan aku ! HAHA ' kataku sambil menarik aishah untuk menuju ke kereta . makin lama lagi dengan minah ni , makin banyak pulak nanti dia merapu .
No comments:
Post a Comment