tengku danial uzair akhtar merupakan anak bongsu kepada pasangan tengku eidlan dan tengku marina . tengku danial uzair akhtar lebih gemar menghabiskan masanya dengan menyibukkan diri di pejabat dan pulang ke rumah setelah tamat waktu kerja daripada menghabiskan masa melepak di kelab-kelab malam yang digemari oleh rakan-rakannya . setelah tamat peperiksaan SPM , tengku danial dihantar ke dublin , ireland untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi . bukan kerana keputusan SPM nya yang tidak bagus , tetapi , tengku eidlan akhtar mahukan anak bujangnya yang seorang itu belajar di tempat yang sama pernah dipelajarinya semasa muda dulu . kerana ikutkan dan taat pada perintah ibu bapalah , tengku danial bersetuju dengan cadangan papanya . kalau diikutkan , memang tengku eidlan akhtar dan tengku marina inginkan kakak dan abang tengku danial melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan , tetapi kedu-dua orang anaknya itu lebih berminat ke dalam bidang perguaman dan juga seni lukisan . tengku eidlan dan tengku marina tidak pernah membantah , kerana mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka . akan tetapi , mereka juga inginkan salah seorang daripada waris mereka untuk meyambung legasi perniagaan automobil yang mereka miliki sekarang .
sedang tengku danial termenung memandang skrin laptop nya , tiba-tiba dia teringat akan seorang gadis yang pernah mencuri jiwa remajanya suatu ketika dulu . gadis yang pertama kali dicintainya . gadis yang membuatkan dia tidak sabar untuk menunggu waktu persekolahan tamat kerana pasti dia akan menunggu gadis tersebut di pintu belakang sekolah . ya , walaupun sekolah mereka berlainan , dia sanggup datang setelah tamat waktu persekolahan untuk menemui gadis yang sangat dicintainya dahulu . tengku danial sendiri tidak pasti sama ada rasa cinta yang dia rasakan dalam hatinya 8 tahun dahulu , masih mekar dalam dalam hatinya , dalam ingatannya . tangan tengku danial menari-nari di atas kertas kosong dan mula melihatkan 4 huruf di atasnya . ANIS . ya , gadis yang berjaya menakluki hatinya 8 tahun dahulu . cinta pertamanya . cinta yang begitu indah baginya sebagai seorang pelajar tingkatan 5 yang baru mengenali erti sebuah cinta .
No comments:
Post a Comment