hubunganku dengan danial bertambah rapat apabila kami sering berhubung melalui telefon bimbit . setiap pagi , bangun sahaja dari tidur , pasti ada sahaja mesej yang kuterima dari danial . 'morning sayang ! dah bangun ? mesej yang kuterima dari danial ku balas ' morning danial . baru je bangun ni . kau dah lama bangun ?' soalku . aku yang sememangnya agak geli dengan panggilan 'sayang-sayang' ni . masa malam perkenalanku dengan danial , aku saja je ingin bergurau dengannya . sampai ke hari ini , panggilan itu masih lekat sebagai panggilan daripada danial untukku . 'jangan lah ber'aku-kau' dengan danial . kita kan dah jadi boyfriend-girlfriend' balas danial melalui sms . mataku membulat ketika baca mesej tersebut lalu kubalas 'sejak bila pulak aku jadi girlfriend kau ni ? siapa buat fitnah ni ? so , kau nak aku panggil kau apa ? tengku ? ke nama kau yang panjang berjela tu ? haha ' balasku kepada danial sambil ketawa . ' sekarang . mulai sekarang , kau gf aku , aku bf kau okay ? heee lahhh , panggillah honey , aku panggil kau bie , heee sweet kan ? ' balas danial . ' hah ? merepek jelah kau ni . aku panggil kau danial , kau panggil aku anis , okay ? aku geli lah nak ber-bie , ber-honey bagai neh . kalau kau tak setuju , takyah couple okay ' balasku sambil tersengih . ' okay , anis . kau gf aku sekarang . aku bf kau okay ? heeee :) ' balas danial . ' haha plan danial ni mengarutlah . haha okay ' balasku .
kata orang , lebih manis bercinta sesudah kahwin . tapi kes aku , 'lebih manis bercinta sesudah couple' cehhh mana datang istilah tu ntah ? aku yang main reka kot . heeee . setelah genap seminggu kami couple , tibalah hari khamis . hari di mana adanya class add maths aku dan danial . kami hanya akan berjumpa pada hari khamis sahaja . aku merupakan aliran akaun , manakala danial merupakan aliran sains tulen . jadi , subjek add maths sahajalah yang akan menemukan kami . cehh cinta add maths lah kononnye kan . haha padahal aku cukup lembap bab-bab add maths ni
'danial pakai baju warna biru tau harini . anis pun pakai biru jugak eh ? baru sweet . haha ' mesej danial sewaktu aku masih belum bersiap di rumah . aku mengenakan tshirt lengan panjang dan jeans serta tudung sama rona dengan bajuku . sepanjang waktu class , aku dan danial saling tidak bertegur sapa . kami masing-masing masih malu-malu kucing . setelah pulang ke rumah , aku terima sms dari danial ' sorry anis . danial malu sangat tadi . danial tak biasa cakap dengan perempuan . huhu' kata danial . 'oh yeke . takpe takpe . anis pun malu jugak nak tegur danial sebenarnya . heee :) ' balasku
peristiwa perkenalanku dengan danial terlayar di ruang mata . waktu itu kami di tingkatan 5 . cinta yang kami anggap indah merupakan sebuah cinta monyet pada zaman persekolahan . bagiku , jarang ada cinta monyet yang berkekalan sehingga ke alam perkahwinan . danial merupakan cinta pertamaku dan setelah sebulan berkenalan , hubungan kami menjadi rapat dan rahsia hubungan percintaan kami telah dapat dihidu oleh rakan-rakan sekelas kami di pusat tuisyen . ramai antaranya yang memuji kami sama cantik sama padan , tidak ada kurangnya juga perempuan yang iri hati denganku kerana berjaya melunturkan rasa malu tengku danial uzair akhtar terhadap perempuan . 'amboi , mak aku kata , jangan kata menyampah . nanti itulah jugak jodoh kita suatu hari nanti !' usik aishah kepadaku sambil ketawa . 'haha banyaklah kau , dye yang tackle aku . aku pun tak tau macam mana boleh cair dengan 'mamat comel' kau tu' balasku dalam sisa tawa . 'takpelah , korang sesuai apa , kalau aku single lagi , dah lama aku tackle dia ' kata aishah sambil ketawa mengusikku . 'amboi , hairi nak campak mana ? kesian abang kerinting ! ' kataku diiringi ketawa kami berdua .
sepanjang tempoh sebulan perkenalan aku dengan danial , aku mula perasan bahawa hubungan rapatku dengan adam ikhwan mulai rengang . aku tidak tahu apa puncanya . kami tidak pergi dan pulang dari tusyen bersama-sama seperti yang sering kami lakukan setiap minggu . malah , danial yang selalu menemani aku pergi dan pulang dari tuisyen . danial sanggup memakirkan motornya di sebuah kawasan yang berhampiran dengan rumahku dan kami akan berjalan kaki bersama-sama ke pusat tuisyen . aku pernah bertanya kepada adam ikhwan apa yang menyebabkan dia menjauhkan diri daripadaku . tetapi aku tidak pernah mendapat jawapan yang inginku cari kerana adam ikhwan sering mengelakkan diri dari berjumpa denganku .
aishah pernah memberitahu kepadaku sewaktu tamat subjek agama kami di kelas ketika aku menanyakan aishah tentang perubahan adam ikhwan . aishah meminta aku merahsiakan cerita yang akan diberitahunya kelak kepadaku . 'adam tu sebenarnya kecik hati sebab kau tak cerita dekat dia yang kau dah ada boyfriend . kau macam tak anggap dia bestfriend kau pun padahal korang kan memang rapat' cerita aishah . 'ya allah ! yeke ? sampai macamtu sekali adam terasa dengan aku ? aku taknak hebohkan sebenarnya aishah . macamana aku nak buat ni ? aku call , mesej dia tak pernah reply . semalam pulak , dia tak datang tuisyen . pelik aku. kenapa eh ? ' soalku kepada aishah . ' aku pun taktau lah anis . kau biarkan dia chill dulu ye . dengar kata , dia dah tukar phone number dan dah stop tuisyen dekat sini' jawab aishah dengan muka hairan . membulat mataku mendengarkan jawapan aishah 'hah ! takkan sampai aku tak bagitau dia pasal perkara kecik tu je dia sanggup merajuk sampai macamtu sekali dengan aku ? macamana ni ? ' tanyaku kepada aishah . ' macam aku kata tadi , kau biar dia bertenang dulu ya . mungkin esok, lusa , eloklah tu ' kata aishah . kali ini lebih tenang sikit berbanding tadi .
'hai , anis ... kalaulah kau tau apa perasaan adam tengok gadis kesayangannya diambil orang' aishah bermonolog di dalam hati . hakikatnya , dia tahu akan segala rahsia yang diceritakan adam kepadanya . dia telah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut sebaik mungkin dan tidak akan sekali-kali cuba membocorkannya .
.
No comments:
Post a Comment