hubunganku dengan danial bertambah mesra dari sehari ke sehari . danial sering menungguku setelah waktu persekolahan dan hampir saban hari kami akan keluar bersama-sama untuk makan tengahari . kadangkala , selepas makan tengahari , kami akan mengunjungi perpustakaan awam di kajang untuk mengulang kaji peperiksaan memandangkan peperiksaan percubaan SPM semakin hampir . pernah suatu hari , danial memberitahuku bahawa dia akan bermain futsal bersama-sama dengan rakan-rakannya pada waktu malam . malang tidak berbau , motosikal yang ditunggang oleh danial dilanggar oleh sebuah kereta dan bahagian kakinya terdapat kesan luka yang agak teruk . setelah mendengar khabar berita tersebut , aku mulai risau akan keadaannya memandangkan peperiksaan percubaan akan bermula esok .
setelah bersarapan keesokan harinya , aku mendapat mesej daripada danial ' danial nak jumpa anis belakang sekolah sebelum ambik exam boleh ?' kata danial melalui sms . tatkala aku membaca sms tersebut , aku mulai risau . mengenangkan kaki danial yang agak teruk setelah kulihat mms kirimannya semalam , aku pasti , agak sukar untuk danial berjalan . apatah lagi menunggang motosikal untuk berjumpaku . 'danial okay ke ni ? tak payahlah datang jumpa anis . lepas sekolah nanti , anis datang jumpa danial okay ? jangan susahkan diri danial . please ' balasku . ' danial nak jugak jumpa anis . i miss you . boleh kan ?' kata danial . memandangkan aku kesian akan dirinya yang bersusah-payah untuk datang menemuiku , lalu ku balas ' okay . take care ye . anis tunggu' . setelah beberapa minit kemudian aku mendapat panggilan telefon daripada danial memberitahu bahawa dia sudah sampai di belakang sekolahku .
luluh hatiku tatkala melihatkan kaki danial yang dibalut dengan bandage . menurut cerita yang diberitahu oleh danial mengenai luka di kakinya , aku turut merasa akan kesakitannya . aku nyilu mendengarnya kerana aku jugak pernah mempunyai pengalaman tentang kemalangan motosikal dan secara kebetulan , kesan parut kemalanganku jugak di kaki kanan , sama seperti danial . 'aku dah cakap dekat dia ni anis , degil jugak hah . sibuk suruh aku bawak motor dia semata-mata nak jumpa kau . tak fikir sakit dah . dia rindu sangat kat kau ', kata ashraf , teman baik danial sambil mencebikkan muka . ' tulah , aku pun dah cakap dekat dia . degil sangat. kaki tu kan dan teruk . anyway , thanks ashraf sebab bawakkan 'budak degil' ni dekat aku' kataku kepada ashraf sambil menjelirkan lidah ke arah danial . danial hanya tersenyum melihat perbualanku dengan ashraf dan sesekali dia mengadu tentang kesakitan yang ditanggungnya kepadaku . 'yelah , sayang . danial janji , lepasni tak buat lagi . danial rindu anis sebenarnya . tu yang datang . nanti tak boleh jawab exam kan susah ? usik danial . ' amboi . ulat bulu dah naik badan nampak ? yelah , thanks ye danial . dah dah . cepat pergi sekolah . nanti lambat ambik exam . good luck ye ! ' ucapku kepada danial dan ashraf .
dua hari selepas itu , setelah memastikan kaki danial beransur pulih sedikit , barulah aku bersetuju untuk keluar dengannya . bukan apa , aku tidak ingin menyusahkan danial untuk datang berjumpa denganku . lebih-lebih lagi , dia sukar sedikit untuk berjalan kerana kecederaan yang dialaminya . kami bersetuju untuk berjumpa di perpustakaan awam untuk mengulangkaji subjek agama islam . sedang aku khusyuk belajar dengan danial , tiba tiba dia mengadu bahawa kakinya berasa sakit dan aku dapat melihat ada darah yang mengalir di tempat luka tersebut . aku berasa panik . lalu kuminta tisu dari kawan sekolahku yang turut berada di situ pada ketika itu dan aku mengambil dettol yang kuhadiahkan pada danial untuk merawat lukanya . pemberian dettol tersebut merupakan 'buah tangan' dariku untuk danial sebenarnya . maklumlah , orang sakit . heeee
danial pada mulanya berasa hairan kerana aku beria-ia untuk membersihkan lukanya . tindakanku itu mendatangkan rasa hairan pada dirinya . 'eh , bukan ke anis geli dengan darah ? dah dah takpe , biar danial yang bersihkan . anis jangan buat . karang pengsan pulak tengok darah' kata danial sambil menunjukkan senyuman ke arahku . 'danial ni . anis kan pernah kena luka macamni . anis tau sakitnya macamana . bila jadi dekat anis dulu , anis tak geli pun . biar anis bersihkan eh ? ' balasku sambil tanganku mula membuka penutup dettol untuk memulakan kerja pembersihan luka di kaki danial . 'baiknya anis ni . untung kalau aku dapat jadikan calon isteri ' detik hati nakal danial sambil tersengih .
setelah siap aku membersihkan luka di kaki danial . aku duduk di sebelahnya untuk sambung mengulangkaji . tiba tiba datang 3 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7-10 tahun datang ke arah kami dan duduk berhadapan dengan meja kami . beberapa minit kemudian , aku mengambil keputusan untuk berborak dengan kanak-kanak perempuan tersebut dan kami tertawa bersama-sama mendengarkan kepetahan kanak-kanak tersebut berbicara . danial hanya tersenyum melihat aku melayan keletah kanak-kanak tersebut . sesekali , dia juga turut menyertai perbualan kami .
aku dan danial berasa geram akan sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang duduk selang dari 2 meja dengan tempat duduk kami . bagiku , mereka tidak tahu menghormati peraturan di dalam perpustakaan dengan membuat bising . 'myra , cantik tak perempuan yang pakau baju pink tu ? ' tanyaku kepada mira , budak perempuan yang duduk di hadapanku itu . 'takpun kak anis .dahlah bising . saje je nak cari publisiti ' balas mira sambil mencebikkan mulutnya . aku dan danial hanya tertawa kecil melihatkan mimik muka myra. 'uhmmm , abang danial ni hensem tak ? ' sengaja aku bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut . 'hensem ! ' serentak mereka bertiga menjawab . danial di sebelahku sudah membuatkan muka bangga sambil menjelirkan lidah ke arahku . aku hanya mampu tersenyum melihatnya . danial mula menyertai perbualan kami , 'kak anis cantik tak ?' tanya danial . aku sudah menjegilkan mata ke arah danial yang sudah memulangkan paku buah keras kepadaku . 'cantik . cantik lagi daripada perempuan tadi . kak anis baik ' balas ketiga-tiga kanak tersebut . aku yang mendengarkan jawapan mereka hanya mampu tersenyum sehingga menampakkan rona kemerah-merahan di pipiku . 'kak anis memang cantik kan . nanti dah besar abang danial nak kahwin dengan kak anis . dia tak geli nak bersihkan luka kat kaki abang ni ' kata danial sambil menunjukkan kesan balutan di kakinya . 'tengok tu myra , fika , nana . gatal kan abang danial ni . kecik-kecik cakap pasal kahwin. tak malu !' kataku kepada mereka bertiga . lantas ketawa kami berlima pecah mendengarkan kataku sebentar tadi . danial merapatkan mulutnya ke telingaku dan berkata 'budak budak tak pernah menipu , sayang ' bisiknya . aku pantas mencubit lengannya dan dibalas jeritan kecil oleh danial menandakan 'sakit' . akhirnya kami sama-sama tertawa.
sesungguhnya , kenanganku bersama danial tidak mudah untuk aku lupakan , kerana dialah cinta pertamaku . begitu banyak kenangan manis yang tercipta antara kami dan menyukarkan aku untuk membenci dirinya setelah apa yang dia lakukan pada diriku . duhai hati ... lenyapkanlah cintaku terhadap tengku danial uzair akhtar . bukakanlah lembaran baru buat diriku ini . doaku di dalam hati
No comments:
Post a Comment