tengku danial kelihatan termenung jauh di pejabatnya . kata-kata mama malam tadi masih terngiang-ngiang di telinganya . 'mama nak danial kenalkan pada mama dan papa calon isteri danial hujung bulan ni . kita akan buat majlis makan malam dengan abang , kakak dan adam sekali untuk danial perkenalkan calon isteri danial tu . kalau masih tiada calon , mama sendiri yang akan carikan calon untuk danial . umur kamu pun bukannya muda lagi danial ' kata mama lembut walaupun intonasinya sedikit serius . 'tapi , danial muda lagi ma . baru je nak jinak-jinakkan diri dalam syarikat papa . bagilah danail enjoy dengan life danial dulu . i'm not ready with any commitments ma ' kataku kepada mama . 'danial ni kenapa ? dulu mama dah betul-betul berkenan denagan anis tu , yang danial buat hal kenapa ? ' soal mama . 'mama ni , salah danial je yang mama nampak . kami dah tak sehaluan lah ma waktu tu ' balasku sambil meramas-ramas tangan mama , manja .
'danial , anis dapat tawaran untuk belajar di uitm ! alhamdulillah , anis suka sangat ! ' kendengaran ceria sungguh suara anis di hujung talian . ' ye ke ? alhamdulillah , itu yang anis hajatkan kan ? danial tumpang gembira anis ' balas danial . ' danial ni , lain macam je , macam tak suka je ? ' kata anis . 'eh , mana adalah , kalau anis gembira , danial pun turut gembira jugak ' kata danial sambil suaranya yang cuba diceriakan . ' danial kenapa ni ? sampai satu masa kita kena jugak berpisah . kita kena ikut haluan masing-masing . walau apapun , danial jangan risau . hatiku milikmu kan ? ' kataku sambil cuba memujuk danial . 'bukan apa sayang , danial takut nanti anis lupakan danial . maklumlah , dapat tawaran belajar dekat uitm shah alam pulak tu . dulu masa kakak belajar dekat sana tu dia terus clash dengan abang raziq tau lepas dua bulan kakak belajar dekat uitm . danial takut perkara yang sama jadi dekat anis . nanti anis lupakan danial ' sendu suara danial di hujung talian . 'look here danial , danial tau kan , yang anis sayang sangat dekat danial . kalau anis tak setia , tak mustahil pad masa akan datang , husband anis pun takkan setia dengan anis kan ? walaupun kalau suami anis tu bukan danial . dear , karma exists . what goes around comes around kan ? terangku panjang lebar bagi meyakinkan danial dan mengurangkan kerisauan yang jelas kedengaran melalui suaranya . ' ye lah sayang , anis janji ye , setia dengan danial ? hatimu milikku anis ' kata danial . ' haha lawaklah danial ni . anis akan sentiasa ingat 'slogan' danial untuk cinta kita ni ' balasku . akhirnya kami sama-sama tertawa di hujung talian .
kenanganku danial bersama anis tidak mungkin untuk dia lupakan . sesungguhnya , itulah kenangan yang paling manis yang pernah dirasakannya . mencintai seorang gadis yang bernama anis mayessa . ' kau ni kenapa danial ? sering sangat termenung aku tengok ? ' soal adam ikhwan . ' adam , dah berapa kali aku cakap ? jangan lagi panggil aku dengan panggilan 'danial' . nama tu hanya meninggalkan kesan luka dekat diri aku je . nama yang sentiasa diabadikan dalam diri anis suatu masa dulu ' ucap danial . 'okay , aku minta maaf 'uzair' . aku terlepas tadi . yelah , mak engku dengan pak engku je boleh panggil kau macam tu kan ' balas adam ikhwan . tapi , aku pelik , kenapa pasal peristiwa dulu tu je , kau sampai sanggup tukar nama panggilan kau eh ? ' soal adam ikhwan . ' anis yang start panggil aku dengan panggilan tu , adam . aku masih ingat , di awal perkenalan dulu kami sering bertengkar semata-mata nak tentukan panggilan apa yang anis patut panggil aku . dia selalu complaint yang nama aku panjang sangat . kelakar kan anis tu ?' cerita danial sambil tersenyum mengingatkan kenangan lalu . ' a'ah kau pernah cerita dekat aku kan yang anis geli nak panggil 'sayang-sayang ni ? aku rasakanlah uzair , rata-rata perempuan yang cuba mengorat kau sekarang ni , takde satu pun yang rasa geli kan dengan panggilan macamtu ? lagi diorang tergedik-gedik adalah ' kata adam ikhwan sambil menunjukkan muka menyampahnya . akhirnya ketawa mereka sama-sama pecah di pejabat itu . 'kau tau kan , anis tu kan brutal . tapi , brutal-brutal dia pun , dia tetap comel ' sebab tu aku sayang sangat dekat dia . 'wahai uzair , kalaulah kau tahu hatiku bagai dihiris belati mendengarkan segala kenangan pahit manis yang tercipta antara korang berdua ' bisik hati adam ikhwan.
namun mereka berdua tidak sedar bahawa perbualan mereka berdua telah didengari oleh fatin izzati, gadis yang tidak pernah putus-putus untuk mendapatkan cinta tengku danial uzair akhtar sejak dari zaman belajar di matrikulasi banting lagi. 'heshhhh diorang ni , yang sibuk sibuk sangat bercerita pasal perempuan yang takde class tu kenapa ? aku yang punya cantik ni taknak pulak si uzair tu pandang . entah ubat guna-guna apa entah yang perempuan low class tu pakai sampaikan uzair teringat-ingatkan dia sampai sekarang ! ' bentak hati fatin izaati sambil kakinya dihentakkan ke lantai . kononnya sedang memijak wajah anis mayesaa yang seakan-akan megejeknya .
'kau dah fikir pasal arahan mak engku malam tadi uzair ? ' tanya adam ikhwan . sesungguhnya arahan mak engku itulah yang membuatkan danial keresahan sebelum kedatangan adam ikhwan ke pejabatnya sebentar tadi . 'itulah yang aku tengah fikirkan ni , adam . aku mana ada calon , macamana aku nak kenalkan dekat mama . mati aku . buatlah sesuatu adam . tolong aku , kau tahu kan yang mama serius pasal tu ' kata danial sambil suaranya jelas menunjukkan kerisauan yang terpamer di wajahnya . ' tulah , kalau aku ada semalam dekat rumah mak engku mesti aku pun kena sekali kan ? nasib baiklah aku takde . kau mintaklah pendapat abang dzafri pasal ni . aku bab-bab ni tak expert lah ' kata adam ikhwan sambil cuba mengelak . 'macam ni lah kau kan adam , kau dah macam saudara kandung aku sendiri dah . takkan lah kau tak boleh nak tolong aku . mama kan sayang gila kat kau . nanti pandai-pandailah kau cerita dekat mama , mesti dia percaya punya ' kata danial sambil tangannya memeluk bahu sahabat karibnya sejak berusia 5 tahun itu .
No comments:
Post a Comment