selepas selesai menunaikan solat isya' , aku duduk di sisi ibu lalu berbaring di ribaannya . ayah masih belum pulang dari surau kerana ada kenduri doa selamat di surau katanya sebelum meninggalkan rumah tadi . ' ibu , ibu rindu dengan abang tak ? agaknya macam mana muka abang sekarang kan ? mesti handsome macam ayah kan bu ?' soalku kepada ibu yang mengelus lembut rambut lurusku di ribaannya .
'ibu dengan ayah pun dah lama cuba cari abang , dik . tapi Allah masih belum tunaikan harapan kami . doa ibu , biarlah ibu dapat jumpa dengan abang sebelum ibu menutup mata , dik . ' balas ibu . 'alah , ibu ni . janganlah cakap macamtu . nanti adik merajuk nanti , ayah takde nak pujuk tau . susah ibu nanti ' gurauku dengan ibu . anis mayessa binti iskandar merupakan satu-satunya puteri kesayangan yang sangat manja dengan ayahnya , encik iskandar . 'ohhh , adik sayang ayah jelah ni ? tak sayang ibu lah eh ? takpelah , ibu taknak kawan adik . nanti abang balik , ibu nak mengadu dekat abang adik buat ibu ' ibu tiba tiba membuat gaya sedih . 'alah, ibu ni . adik sayang ibu , sayang ayah , sayang abanglah . tiada pengganti pun tau bu untuk orang-orang yang adik sayang ni' kataku manja sambil mencium pipi kiri dan kanan ibu . 'tapi kan bu , bilalah kita dapat jumpa abang kan ? adik rindu nak main main dengan abang . adik rindu abang' , tanyaku .
perbualanku bersama ibu malam tadi tadi terus mati dari lamunanku apabila telefon bimbitku berdering minta diangkat . 'hello mayessa sayang , kau apa khabar ? sihat ? aku rindu nak jumpa puteri kesayangan aku ni ' kata si pemanggil . siapa lagi kalau bukan adam ikhwan sorang je yang memangilku dengan panggilan 'mayessa' . ' assalamualaikum , encik adam . ni apahal pagi pagi nak bersayang-sayang dengan aku ni ? geli tau tak !' jawabku . ' errr sorry lupa bagi salam . wassalam. elehh , macam tak biasa pulak . hehe kau buat apa ni ? jom pergi lunch dengan aku tengah hari nanti . lama tak jumpa puteri kesayangan aku ni ' pinta adam ikhwan kepadaku . 'okay doktor adam , kalau kau nak keluar dengan aku , stop bersayang-sayang dengan aku . kalau tak , sebulan aku tak nak kawan dengan kau . gelilah ' kataku kepada adam ikhwan . 'okaylah saya.. eh , mayessa . aku tak panggil dah . so how ?' tanya adam ikhwan . 'okay , pukul 1 dekat tempat biasa okay. assalamualaikum.' kataku . telefon bimbit ku matikan setelah salam dijawab oleh adam ikhwan .
perkenalanku dengan adam ikhwan juga bermula di pusat tuisyen . kami bertemu semasa kelas matematik . sewaktu itu , ayah terpaksa menjemputku lambat daripada kebiasaan . aku lapar kerana tidak sempat bersarapan kerana tergesa-gesa ke pusat tuisyen kerana takut terlambat . maklumlah , kelas pertamaku pada hari ini . setelah bersarapan , aku terserempak dengan adam ikhwan . 'adam , aku laparlah . nanti lepas class kita pegi makan nak ? ' soalku kepada adam . 'aku okay je . lepas class kita pergi okay' jawab adam . setelah berborak hampir sejam , kami meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing . macam-macam yang kami bualkan . maklumlah , hampir 5 tahun tidak berjumpa . pertemuan terakhir kami adalah semasa darjah 6 .
'makin cantik kau sekarang . apa rahsia ?' soal adam ikhwan kepadaku . aku yang memang tidak menggemari pujian daripada lelaki itu segera memijak kakinya . ' mana adalah . aku sama je macam dulu ' jawabku . 'amboi , terror lagi eh skill kau main pijak-pijak kaki ni . aku ingatkan , dah pupus dah ?' soal adam ikhwan sambil tersengih . 'hah, mestilah . lagi lagi dengan buaya darat macam kau kan . bukan pijak je , tendang pun aku berani tau ' jawabku dalam tawa . 'okay okay aku give up . kau menang okay' adam ikhwan mengangkat kedua-dua belah tangannya persis orang kalah perang . mereka beriringan masuk ke dalam restoran . 'kau masih cantik seperti dulu anis mayessa' gumam adam ikhwan dalam hatinya .
No comments:
Post a Comment