perbualan kami pada ketika itu senyap seketika . sesekali kedengaran bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan . aku dan adam masing-masing meneruskan suapan . aku yang mengajak adam ikhwan untuk menemani aku makan tengahari pada hari ini kerana farhana terpaksa outstation selama seminggu . kebetulan pula , aku baru sahaja berjumpa dengan client yang berhampiran dengan global elite holdings , tempat adam ikhwan bekerja . 'anis , kau pernah tak terfikir nak jumpa danial ? ' soal adam ikhwan tiba tiba . anis mayessa sememangnya tidak tahu bahawa global elite holdings adalah kepunyaan keluarga tengku danial uzair akhtar dan dia sendiri tidak tahu adam ikhwan dibesarkan oleh keluarga danial . ' kalau aku jumpa dia pun , apa aku nak buat ? kau nak aku lari terus peluk dia dan katakan yang aku sangat rindukan dia ? kau ingat aku senang-senang nak cakap macamtu dekat orang yang curang padaku ? balasku dengan nada yang tenang . tiada lansung sebaris senyuman yang kuhadiahkan pada adam ikhwan .
'aku faham anis kau begitu terluka dengan perbuatan dia . tapi percayalah , cinta di hati danial hanya untuk kau sahaja . walalupun ramai perempuan yang cuba memikat dia , dia tak pernah layan tau . begitu utuh cinta di hati dia untuk kau , anis ' ujar adam ikhwan . ' kalau kau nak cuba backup dia , aku tak marah pun adam . aku faham , kau best friend dia . luka di hati aku ni adam , begitu sukar untuk sembuh . aku tak mungkin akan dapat terima perbuatan dia adam . aku begitu setia pada dia . tapi , kau tengoklah apa balasan yang aku dapat atas kesetiaan aku adam ? nothing ! aku rasa memang Allah nak balas pada dia atas perbuatan dia yang telah meyakiti aku dulu adam . air mata aku dah kering semata-mata kerana dia adam . aku taknak bersedih lagi ' kataku kepada adam ikhwan . adam ikhwan hanya merenungku dengan pandangan yang hiba kerana dia tahu yang aku kurang selesa apabila membincangkan soal danial .
'aku faham anis . tapi aku sebagai kawan danial juga , aku nampak akan penderitaan yang dia tanggung sejak kehilangan kau , kehilangan cinta kau . dia seperti sukar untuk mendekati mana-mana perempuan . dia pernah kata dekat aku , kalaulah masa dapat diputarkan balik , dia janji yang dia tidak akan sesekali melukai hati kau . dia begitu cintakan kau , anis . kau ingat , masa dia couple dengan fatin dulu , dia bahagia sangat ? aku yang sering jadi pendengar setia dia . dia selalu membanding-bandingkan antara kau dengan fatin . aku tak nampak kebahagiaan di matanya dengan fatin izzati , macamana yang aku boleh nampak ketika dia bersama kau . walaupun diorang dah clash sekarang , si fatin izzati tu yang terhegeh-hegeh nak kembali mendapatkan cinta dia ' balas adam ikhwan yang sesekali cuba mempertahankan kawan baiknya , tengku danial uzair akhtar .
' karma exists adam , what goes around , comes around . tak semestinya , apa yang kita hajati kita nak kan ? aku taulah , tengku danial kesayangan kau tu kaya orangnya . tapi dia sendiri nampak kan , yang cinta tidak boleh dibeli dengan wang ringgit . dulu , dia yang pesan kat aku agar aku setia pada cinta kitorang , tak sampai 3 bulan dia dekat matriks banting tu , dah bermacam-macam cerita sampai dekat telingan aku ni . kira okaylah kan , aku buat keputusan yang betul . aku taknak tertipu dengan buaya macam tu walaupun pada hakikatnya , aku sendiri jadi mangsa penipuan dia ' kataku kepada adam ikhwan . adam ikhwan seperti kehilangan kata-kata sahaja mendengarkan setiap patah yang keluar dari mulutku . dia tidak tahu lagi bagaimana untuk memujukku supaya menerima tengku danial uzair akhtar
'jomlah adam , waktu lunch pun dah nak tamat kan ? aku pergi kaunter , bayar dulu okay ?' kataku pada adam ikhwan sambil menghadiahkan senyuman yang ikhlas kepdanya . adam ikhwan mengucapkan terima kasih sambil membalas senyumanku . betapa mulianya hati seorang lelaki yang bernama adam ikhwan itu yang sanggup menggadaikan rasa cintanya selama 8 tahun demi sahabat merangkap saudara kandung yang dikasihi .